REMAJA
Menjadi remaja dan masih muda sebenarnya adalah satu kelebihan. Anugerah, hadiah, buat kita Muhammad b. Abdullah berkata, “rebutlah muda sebelum tua”. Muda remaja adalah sesuatu yang baik dan indah. Muda –muda inilah badan cergas, otak cerdas, jiwa pun masih lembut. Orang muda ini bak kata pepatah; macam rebung, masih boleh dibentuk dan tidak keras.
Kita yang muda-muda inilah yang sentiasa penuh dengan cita-cita dan bersemangat untuk mengubah dunia.rasa yakin ada pada diri sangat tinggi dan sangat prihatindengan persekitaran. Semua yang berlaku kita hendak tahu.kita mahu menjadi sebahagian daripada dinia.kita ikut semua trend. Fikiran kita masih warna-warni. Dalam ragu-ragu ada berani. Dalam mengikut masih mahu membangkang. Remaja kini kreatif.boleh berubah bila-bila sahaja.
Walaupun indah bak kata kebanyakan kita; muda hanya sekali, masa muda inilah timbul banyak masalah. Masa muda inilah macam-macam persoalan timbul. Rasa pening jadi orang muda.mahu sahaja dewasa cepat-cepat.
Tetapi menjadi remaja,orang muda inilah proses menjadi manusia.kita lahir sebagai bayi, jadi kanak-kanak dan melalui zaman remaja, kemudian berubah menjadi dewasa dan akhirnya tua.. tidak boleh langkah. Tidak boleh pilih-pilih.
Menjadi remaja adalah peringkat wajib melalui di akademik kehidupan.sekiranya disekolah kita berada disekolah rendah sebelum sekolah menengah, begitulah kita sebelum dewasa.
Untuk menjadi dewasa yang tulen, kita orang muda kena kenal siapa diri kita,apa yang patut kita selesaikan sebelum mencecah umur dewasa. Dan apabila kita patut meninggalkan dunia, kita tidak sempat pun berasa dewasa dan tua.
Alangkah ruginya jika bergitu,kerana sesungguhnya jauh perjalanan hidup,luaslah pandangan akal.
Memang indah semasa remaja....segala kenangan2 remaja aq tetap terpahat di sanubari aq sampai bila2...kini aq telah menjadi belia...selamat tinggal zaman remajaku....pelbagai rintangan ku harung jua.
by:Prince Persia
No comments:
Post a Comment