Prince Persia 5

Win......Win.......situation

Tuesday, 26 April 2011

KITA@IBU

IBU!!!!!!!!!!


Ketika berusia setahun ibu suapkan makanan dan mandikan kita,cara kita mengucapkan terima kasih padanya hanyalah dengan menangis sepanjang  malam.
Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain, kita ucapkan terima kasih dengan lari sambilketawa sambil ketawa apabila dipanggil.
Menjelang usia kita 3 tahun,ibu menyedikan makanan dengan penuh rasa kasih sayang,kita mengucapkan  terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.
Ketika berusia 4 tahun,ibu membelikan sekotak pensel warna, kita mengucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.
Berusia 5 tahun, ibu membilikan sepasang pakaian baru,kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor
Setelah berusia 6 tahun,ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita mengucapkan terima kasih dengan menjerit tak! Nak! Tak! Nak!
Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkap jiran.
Menjelang usia 8 tahun,ibu belikan kita aiskrim, kita ucapkan terima kasih dengan kotorkan baju ibu.
Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah, kita mengucapkan terima kasih dengan ponteng kelas.
Berusia 10 tahun, ibu mwnghabiskan masa sehari suntuk menemani kita kemana sahaja, kita mengucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.
Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan asyik menonton televisyen.
Menjelang usia 13 tahun ibu menyuruh kita memakai pakaian yang menutup aurat, kita mengucapkan terima kasih dengan menyatakan pakaian itu ketinggalan zaman.
Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut membayar wang asrama, kita mengucapkan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk surat pun.
Berusia 15 tahun,ibu pulang dari kerja & rindukan pelukan, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.
Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira kita masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih dengan bersuka-ria dengan rakan-rakan.
Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah-pyh membayar yuran pengajian,hantar ke kampus dan heret beg ke asrama, kita ucap terima kasih pada ibu di luar asrama kareana malu dengan rakan-rakan.
Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya,kita kata ‘say tak mahu jadi seperti ibu’
Apabila berisia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk sebuah rumah bujang kita, kita kata pilihan ibu tak cantik, tak berkenan di hati kita.
Menjelang usia 24, ibu bertemu bakal menantu dan bertanya,mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut ‘ibu, tolonglah……!’
Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan kita, kita ucap terima kasih dengan berpindah jauh.
Pada usia 30 tahun, ibu memberi nasihat tentang petua menjaga  bayi, kita kata ‘itu dulu sekarang zaman moden’
Ketika berusia 40 tahun, ibu mengingatkan kenduri kendara di kampung.kita kata sibuk tak ada masa datang
Apabila usia50 tahun, ibu jatuh sakit dan minta kita menjaganya, kita bercerita tentang kesibukan dan kisah ibu bapa yang menjdi bebean anak-anak
Dan kemudian, kitamendapat berita kematian ibu, khabar itu bagaikan petir dalam lelehan air mata, barulah perbuatan kita pada ibu menerpa satu persatu…

Cerita ini tiada kene mengena antara yg hidup atau mati....ia berdasarkan kronologi dalam drama....ok...ingat ye,jgn sesekali melawan kata ibu...lihat banyak pengorbanan ibu bapa kt kita...wang RM pun x pat balas  jasa mereka.ok.
(SURGA DITELAPAK KAKI IBU)

                                                                                                                Digarap oleh:Prince Persia


No comments:

Post a Comment