Sahabat oh sahabat
Hadiah persahabatan
- kata pujian
pastikan setiap kata pujian yang dulemparkan itu benar-benar ikhlas & bukan sekadar pemanis mulut
- mengambil berat
tidak semua masalah yang dihadapi oleh sahabat perlu diluahkan secara lisan. Ada kalanya kamu mampu mengenalpastinya mwlalui reaksi wajah sahabat. Sekiranya sahabatmu sedanf berduka, sebagai tanda mengambil berat ke atas dirinya, apa kata jika kamu cuba menghiburkan hatinya dengan mengajak keluar bersama bagi menenagkan fikiran
- jadi pendengar setia
mendengar apa yang diceritakan atau apa yang dibicarakan oleh sahabat di hadapan kamu, jangan sesekali menyampuk atau menokok tambah sewaktu sahabat sedang berbicara . buktikan bahawa kamu adalah pendengar yang setia dan sudi untuk berkongsi suka dan duka bersama-samanya.
Tips2
walau apa jua keburukan yang didengarinya mengenai kamu, sahabat tidak akan mempercayainya dengan mudah. Sebaliknya seorang sahabat sejati akan merujuk kembali kepada kamu dan menanyakan tentang kedududkan yang sebenar.Di kala kamu dipulaukan oleh teman-teman yang lain,sahabat sedia berada disisisi dan cuba menjernihkan keadaan dengan menjadi orang tengah diantara kamu dengan kawan-kawan yang lain. Maka individu ini memang wajar digelar sahabat sejati.
nukilan:Prince Persia
No comments:
Post a Comment