Prince Persia 5

Win......Win.......situation

Tuesday, 26 April 2011

Telatah mereka

ZAMAN SEKOLAH KITA!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mari sama-sama dengar satu cerita,
Ada kisah duka,ada kisah suka,
Pendek cerita ,kita hepi sama-sama…

Ada satu kisah 6A3 punya cerita,
6 ornag dara,diapit 16 teruna,
Semua baik-baik dan sporting belaka,
Bile dah gelak sampai tak ingat dunia..

Kenari merah teman setia,
Sentiasa dibawa ke mana-mana,
Cik Siti Khadijah guru kelas kita,
Cantik orangnya sudah berpunya…

Nakhoda kami Jamilulhayat namenya,
‘Tertekan-tertekan!’ Itulah trademarknya
Kekasih hati sentiasa bersama,
Pembantu nakhoda,Fariqa yang ceria….

Fitri pula lain kisahnya,
Hatinya jiwang ‘eyeleash’nya panjang,
Bila menyanyi takdanya nak pandang,
Tapi takpela asal hatinya senang……….

Berdarah manis accident saja,
Kaki dan tangan luka semua,
Tapi itu Fauzan tak ambil kira,
Janji LC nya cun sentiasa………


Berkaca mata Azmi orangnya,
Bermata kuyu bukan salahnya,
Syawal pula lain kisahnya,
Berangan bawa beca,jatuh parit jadinya.

Bila ditanya senyum sentiasa,
Empunya diri Aehsan namanya,
Nak dengar suaranya,mak datuk lamanya,
Tapi tak sangka bijak orangnya….

Ke sana ke mari busy sekali,
Niat di hati nak jadi P.Menteri,
Dialah ceti,dialah Timbalan Pengerusi MPP,
Faiz Sulaiman yang tinggi sekali….

Pengerusi PSS dialah orangnya,
Itulah Farid empunya namanya,
Zulmizan pula teman sebelahnya,
Time cikgu mengajar tidur saja…

Exco Perhimpunan jawatan diberi,
Kepada Shahamirul Aizat Mohd Ali,
Syafiq disebelahnya sahabat sejati,
Tak banyak kerenah bagus sekali…

Presiden MPP jawatan diberi,
Kepada yang berkaca mata bernama Fizri,
Hafiz disebelahnya diam sekali,
Bab melukis pakar sekali….


Muhd Shaiful Ketua Editor
Gelaran ‘wak’ paling serasi,
Mr Tee mengajar dia tidur,
Tidurnya wak mencetus inspirasi…

Badannya tunjang kurus melidi,
Mohd Helmi nama diberi,
Buat lawak menghiburkan kami.
Buat kami tak kering gusi…

Azri dan Piqin sehati sejiwa,
Pantang lepa berdua sentiasa,
Bila ‘dating’ dah tak ingat dunia,
Cikgu tegur buat don't know saja..

Mood tak tentu nak marah  saja,
Muka ketat serius pun  ada,
Bile senyum cutenya dia,
Hazirah Hissam itulah dia..

Ferrari merah kereta idamannya,
Itulah dia cik Aeyu kita,
Panggilan’mak’ gelaran diberi,
Bila mengamuk semua lari..


Sentiasa tersenyum Anisa orangya,
Lemah lembut semua suka,
Badannya kurus menggusarkan hati,
Tapi diam-diam dah ada pilihan hati..


Berkaca mata Farrah orangya,
‘Macam mana nk tinggi?’selalu difikirnya,
Exco Hebahan dialah yang punya,
Mikrofon dengan dia serasi bersama…




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
Hayati cerita Pra U atas 2 ini,
Macam –macam ragam dan gossip terkini,
Sekadar ingatan yang penuh warna-warni,
Terdiri daripada 16 gadis dan 12 jejaka,
Mana satu pilihan di hati.

Cantik bergaya dan suka berjenaka,
Pn.Nurbaya indahnya nama,
Bagaikan sahabat suka dan duka,
Menjadi guru kelas Pra U atas 2,
Mengajar subjek Geografi Manusia,
Sangat tekun mendidik anak bangsa…

Penampilan SMART  Menjadi ketua
Tekadang salah takut jadinya
Shafiq Effandy dialah orangnya,
Nampak lembut tegas pendiriannya,
Mengerjakan tugas setiap masa,
Nor Aselah begitulah tugasnya..

Menjadi setiausaha bukan kehendaknya,
Apakan daya diterima saja,
Dialah Siti Hajar garang sifatnya,
Tanpa pembantu kelam kabut jadinya,
Haziq tidak banyak berkata-kata,
Segala yang disuruh menurut saja...

 
Semua pelajar selalu mengelak ,
Maysara dan Radin datang mendekat,
Sampai meminta bagai mendesak ,
Kerjanya “Collect Money”sampai dapat,
Yang satu bekerja bagai nak rak,
Satu lagi buat-buat penat..


Pandai bergaya dan berpesonaliti menarik
Suaranya kecil bagai si cilik
Farahiana memang orangnya unik
Kerjanya suka membuat gimik
Bukan nak jadi ahli magik
Alahai Fatin tak serik-serik

Sering mengantuk lalu tertidur
Di Tanya bekerja jawabnya no
Napelah Fathul Ariffin tak sedo-sedo
Selalu berangan tersenyum sokmo
Orangnya Syafi Nampak penyabo
Jika disoal sentiasa buat don’t know

Bertubuh kecil tersimpul malu
Sering diusik oleh cikgu-cikgu
Itulah sifat Puteri malas nak ngaku
Tambah pula si Shairah
Suka mengikut tak kira waktu
Kerjanya memang bergosip dari dulu


 
Sentiasa berdua seperti belangkas
Susah senang sentiasa di sisi
Bila bertanya sentiasa beralas
Ini empunya nama Akmal dan Asri
Dari dulu dapat satu kelas
Sudah nasib ditakdirkan jadi begini

Kuat ketawa tak ingat dunia
Diana yang selalu happy dan ceria
Kalau marah serius mukanya
Berpendirian teguh dengan perinsipnya
Bila hujah kalah semuanya
Mastura, gadis simple hidupnya

Berwajah baby face bukan nak bangga
Mirip artis Korea memang ada
Gelaran ‘JUN PYO’ Shahirlah gerangannya
Duduk di sebelah melihat sahaja
Memendam rasa sangat kecewa
Apakan daya Iman redha sahaja

Sentiasa sibuk mengalahkan YB
Penolong pengawas jawatan diberi
Menjadi tanggungjawab Watina yang berdedikasi
Rajin orangnya sentiasa dipuji
Menjadi pujaan setiap lelaki
Pada Najwa yang baik hati

 
Dari Simpang Renggam datang ke mari
Hajat belajar tidak berniat terlena sekali
Inilah Shahizan kepenatan rutin sehari-hari
Namanya unik family yang beri
Dzunnur Dzaily tiada yang dapat menandingi
Kelebihannya tinggi dan bijak sekali

Suka menyakat sesiapa saja,
Sering dibenci selalu juga,
Sudah lumrah Ali memang glamour,
Lian pula dengan si Faez,
Pelat “R”bila berkata,
Nampak tenang nervous sebenarnya

Berdarah kacukan idaman jejaka
Berwajah boliwood Syaza gadisnya
Datang mendekat Azimah dan Baizura
Nak juga join duduk semeja
Senang nak cuci mata sama-sama berdua
Apa nak jadi anak muda sekarang






                  Ha!!!inilah cerita kami di f6...semoga ia menjadi kenangan yg tersemat di memory                  MANTAN   PRA U ATAS (2010) 
*GEMILANG 10*    


                                                                                                 Editing from:GRAHA 2010















































































No comments:

Post a Comment